Friday, November 26, 2010

Strategi Pengajaran dan BBM

KUMPULAN MURID CEMERLANG

Subject             : Mathematics
Time                 : 8.10 – 9.10 am ( 1 hour)
Class                : 2 Cemerlang
Topic               : 6. Volume Of Liquid
Learning Area               : 6.2 Measuring And Comparing Volume Of Liquids
Learning Objectives      : 6.2.1 Measure and compare volumes of liquid by direct comparision and 
                                               by using uniform non-standard units.
Learning Outcomes       :i. Compare the volumes of two liquid by direct comparision.
 ii. Measure volume of liquids using uniform non-standard units.
Teaching Aids               : Bottles, glasses, tupperware, water, worksheet
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran :     


                            
                                                                         
1.         Murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan kecil, dimana setiap kumpulan mengandungi lima ahli kumpulan.
2.         Setiap kumpulan diberikan beberapa alatan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.




3.         Guru akan memberikan arahan dan murid-murid akan melakukan aktiviti berdasarkan kepada arahan guru.
4.         Setiap kumpulan dikehendaki menuang air berwarna yang terdapat dalam bekas A dan bekas B yang berbeza saiz dan bentuk ke dalam balang penyukat yang disediakan.
5.         Kemudian, ahli kumpulan diminta untuk melihat kuantiti air yang terdapat dalam balang tersebut.
6.         Murid diminta membuat perbandingan antara kuantiti air bagi bekas A dan bekas B serta mencatatnya dalam tugasan.

 
7.         Seterusnya, setiap kumpulan dikehendaki menuang air berwarna yang terdapat dalam bekas C dan bekas D ke dalam balang penyukat yang disediakan.
8.         Lakukan aktiviti berikut seperti langkah lima dan enam.


9.         Akhir sekali, setiap kumpulan murid diminta membandingkan semua bekas A, B, C dan D, dan mencatatnya dalam tugasan kumpulan.
10.       Wakil kumpulan menunjukkan hasil tugasan di hadapan kelas.
            Cth :     1. Isipadu bekas A _________ (lebih/kurang) daripada bekas B.
                        2. Isipadu bekas C _________ (lebih/kurang) daripada bekas D.
3. Bekas ______ (A/B/C/D) mengandungi kuantiti air yang paling banyak.
4. Bekas ______ (A/B/C/D) mengandungi kuantiti air yang paling sedikit.
11.       Guru membuat rumusan hasil daripada kajian yang dilakukan. Lembaran kerja diberikan.


KUMPULAN MURID SEDERHANA DAN LEMAH

Subject             : Mathematics
Time                 : 7.40 – 8.40 am ( 1 hour)
Class                : 2 Usaha
Topic               : 6. Volume Of Liquid
Learning Area               : 6.2 Measuring And Comparing Volume Of Liquids
Learning Objectives      : 6.2.1 Measure and compare volumes of liquid by direct comparision and 
                                               by using uniform non-standard units.
Learning Outcomes       : i. Compare the volumes of two liquid by direct comparision.
  ii. Measure volume of liquids using uniform non-standard units.
Teaching Aids               : Bottles, glasses, tupperware, water, worksheet

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran :
1.         Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan kecil, dimana setiap kumpulan
            mengandungi lima ahli kumpulan.
2.         Dua orang murid dipilih secara rawak untuk tampil ke hadapan.


3.         Guru menunjukkan bekas A dan bekas B, yang mengandungi air berwarna serta berlainan saiz dan bentuk, lalu meminta murid tersebut menuangkannya ke dalam balang penyukat.
4.         Guru akan menyoal murid berkaitan dengan tugasan tersebut.
            Cth:      1. Bekas manakah yang mempunyai kuantiti air yang penuh?
                        2. Bekas manakah yang mempunyai kuantiti air separuh?
                        3. Bekas manakah yang tidak mempunyai kuantiti air?



5.         Setiap kumpulan diberikan beberapa alatan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
6.         Setiap kumpulan dikehendaki melakukan aktiviti sama seperti yang dilakukan oleh wakil murid di hadapan kelas.
7.         Kemudian, ahli kumpulan diminta untuk melihat kuantiti air yang terdapat dalam balang tersebut.
8.         Murid diminta membuat perbandingan antara kuantiti air bagi bekas A , bekas B dan bekas C serta mencatatnya dalam tugasan.
9.         Wakil kumpulan menunjukkan hasil tugasan di hadapan kelas.

            Cth :     1. Bekas ______ (A/B/C) mengandungi kuantiti air yang penuh.
2. Bekas ______ (A/B/C) mengandungi kuantiti air separuh.
                        3. Bekas_______(A/B/C) tidak mempunyai kuantiti air.

10.       Guru membuat rumusan hasil daripada kajian yang dilakukan. Lembaran kerja  diberikan sebagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan.

No comments:

Post a Comment