PENGENALAN
Ramai kanak-kanak datang ke sekolah dengan beberapa konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Tetapi mereka mempunyai idea yang sangat sedikit mengenai kapasiti. Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, kanak-kanak biasanya membuat perbandingan mengenai panjang (atau lebih tepat, tingginya) berbanding kapasiti. Apabila ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi samada bekas yang lebih tinggi ataupun bekas yang pendek, kebanyakkan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun sebenarnya bekas yang pendek itu yang mempunyai lebih isi. Oleh itu, cara yang terbaik ialah bermula dengan mengkaji kapasiti menggunakan perbandingan langsung.
No comments:
Post a Comment