HBMT2103 VOLUME OF LIQUID YEAR 2
Friday, February 18, 2011
Saturday, November 27, 2010
Assignment Question
Misconception on capacity may arise among the students while teaching Volume Of Liquid especially when comparing capacity of two containers that can hold more. Students often make the comparison on height rather than its capacity. Find ONE(1) video in the internet that show how Volume Of Liquid are measured. Create TWO(2) teaching aids that can be applied to Year Two students to help them understand better. Based on your teaching aids, you are required to create TWO(2) teaching activities: each for high achiever and low achiever students. Finally, you are required to develop your own blog and post the video, teaching aids and teaching activities in your blog. You are free to choose any platform that are available in the internet.
Pengenalan
PENGENALAN
Ramai kanak-kanak datang ke sekolah dengan beberapa konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Tetapi mereka mempunyai idea yang sangat sedikit mengenai kapasiti. Walaupun perbandingan persepsi boleh dibuat di antara dua bekas, kanak-kanak biasanya membuat perbandingan mengenai panjang (atau lebih tepat, tingginya) berbanding kapasiti. Apabila ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi samada bekas yang lebih tinggi ataupun bekas yang pendek, kebanyakkan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun sebenarnya bekas yang pendek itu yang mempunyai lebih isi. Oleh itu, cara yang terbaik ialah bermula dengan mengkaji kapasiti menggunakan perbandingan langsung.
Friday, November 26, 2010
Strategi Pengajaran dan BBM
KUMPULAN MURID CEMERLANG
Subject : Mathematics
Time : 8.10 – 9.10 am ( 1 hour)
Class : 2 Cemerlang
Topic : 6. Volume Of Liquid
Learning Area : 6.2 Measuring And Comparing Volume Of Liquids
Learning Objectives : 6.2.1 Measure and compare volumes of liquid by direct comparision and
by using uniform non-standard units.
Learning Outcomes :i. Compare the volumes of two liquid by direct comparision.
ii. Measure volume of liquids using uniform non-standard units.
Teaching Aids : Bottles, glasses, tupperware, water, worksheet
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran :
1. Murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan kecil, dimana setiap kumpulan mengandungi lima ahli kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan beberapa alatan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Guru akan memberikan arahan dan murid-murid akan melakukan aktiviti berdasarkan kepada arahan guru.
4. Setiap kumpulan dikehendaki menuang air berwarna yang terdapat dalam bekas A dan bekas B yang berbeza saiz dan bentuk ke dalam balang penyukat yang disediakan.
5. Kemudian, ahli kumpulan diminta untuk melihat kuantiti air yang terdapat dalam balang tersebut.
6. Murid diminta membuat perbandingan antara kuantiti air bagi bekas A dan bekas B serta mencatatnya dalam tugasan.
7. Seterusnya, setiap kumpulan dikehendaki menuang air berwarna yang terdapat dalam bekas C dan bekas D ke dalam balang penyukat yang disediakan.
8. Lakukan aktiviti berikut seperti langkah lima dan enam.
9. Akhir sekali, setiap kumpulan murid diminta membandingkan semua bekas A, B, C dan D, dan mencatatnya dalam tugasan kumpulan.
10. Wakil kumpulan menunjukkan hasil tugasan di hadapan kelas.
Cth : 1. Isipadu bekas A _________ (lebih/kurang) daripada bekas B.
2. Isipadu bekas C _________ (lebih/kurang) daripada bekas D.
3. Bekas ______ (A/B/C/D) mengandungi kuantiti air yang paling banyak.
4. Bekas ______ (A/B/C/D) mengandungi kuantiti air yang paling sedikit.
11. Guru membuat rumusan hasil daripada kajian yang dilakukan. Lembaran kerja diberikan.
KUMPULAN MURID SEDERHANA DAN LEMAH
Subject : Mathematics
Time : 7.40 – 8.40 am ( 1 hour)
Class : 2 Usaha
Topic : 6. Volume Of Liquid
Learning Area : 6.2 Measuring And Comparing Volume Of Liquids
Learning Objectives : 6.2.1 Measure and compare volumes of liquid by direct comparision and
by using uniform non-standard units.
Learning Outcomes : i. Compare the volumes of two liquid by direct comparision.
ii. Measure volume of liquids using uniform non-standard units.
Teaching Aids : Bottles, glasses, tupperware, water, worksheet
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran :
1. Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan kecil, dimana setiap kumpulan
mengandungi lima ahli kumpulan.
2. Dua orang murid dipilih secara rawak untuk tampil ke hadapan.
3. Guru menunjukkan bekas A dan bekas B, yang mengandungi air berwarna serta berlainan saiz dan bentuk, lalu meminta murid tersebut menuangkannya ke dalam balang penyukat.
4. Guru akan menyoal murid berkaitan dengan tugasan tersebut.
Cth: 1. Bekas manakah yang mempunyai kuantiti air yang penuh?
2. Bekas manakah yang mempunyai kuantiti air separuh?
3. Bekas manakah yang tidak mempunyai kuantiti air?
5. Setiap kumpulan diberikan beberapa alatan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
6. Setiap kumpulan dikehendaki melakukan aktiviti sama seperti yang dilakukan oleh wakil murid di hadapan kelas.
7. Kemudian, ahli kumpulan diminta untuk melihat kuantiti air yang terdapat dalam balang tersebut.
8. Murid diminta membuat perbandingan antara kuantiti air bagi bekas A , bekas B dan bekas C serta mencatatnya dalam tugasan.
9. Wakil kumpulan menunjukkan hasil tugasan di hadapan kelas.
Cth : 1. Bekas ______ (A/B/C) mengandungi kuantiti air yang penuh.
2. Bekas ______ (A/B/C) mengandungi kuantiti air separuh.
3. Bekas_______(A/B/C) tidak mempunyai kuantiti air.
Sumber Rujukan
Murugiah s/o Velayutham & Kao Thuan Keat. (2010). HBMT 1203 Teaching Mathematics In Year Two. ( Sixth Printing ). Selangor: Open University Malaysia.
Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun dua, Kementerian Pelajaran malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)